PhotobucketPhotobucket

Sunday 20 March 2011

Hubungi Kami




Kumpulan Pengakap ke-227 Sentul
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda,
Kg Batu Muda, 51100, Kuala Lumpur.


pengakap227sentul@ymail.com         
nerdynady_haha@ymail.com - Nadihah Begum 

Saturday 12 March 2011

Scout's Game

Assalamualaikum dan salam Pengakap !

Sesi pagi
Jadi, untuk perjumpaan yang ke-4, seramai 30 orang telah berkumpul. Memulakan aktiviti dengan istiadat ladam dan ucapan pemimpin Pengakap, Pn Hafizah. Dan kemudiannya, aktiviti diteruskan. Pada perjumpaan kali ini, kami hanya mengadakan permainan Pengakap dan hanya sempat menyudahkan satu permainan iaitu "Kamil Kata". Permainan ini mendapat respons yang baik daripada ahli Pengakap yang lain. Tujuan permainan ini diadakan adalah untuk melihat kepekaan seseorang dalam mendengar arahan sama ada mereka teliti atau tidak dengan sesuatu arahan. Ahli Pengakap turut senang bermain permainan ini. Diharap melalui permainan ini, mereka mendapat nilai yang baik yang dapat dicontohi dalam meneruskan kehidupan serta semasa berpengakap. Sekian :)




Cadangan aktiviti untuk perjumpaan minggu seterusnya : Backwood cooking

Sunday 6 March 2011

Lambang Pengakap Malaysia dan Dunia

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA





  •          Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
  •          Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  •          Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
  •          Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
  •          Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
  •          Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
  •          Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:

Kuning"Pengakap Kanak-Kanak",
Hijau   
-  "Pengakap Muda",
Merah  - "Pengakap Remaja" 






LAMBANG PENGAKAP DUNIA





  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
  • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
  • Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
  • Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
  • Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
  • Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Saturday 5 March 2011

Prinsip Rukun Negara

Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan


Sejarah
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.



Penerangan Prinsip-prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Peraturan Pakaian Seragam Pengakap


Pakaian Seragam Pengakap Lelaki






Pakaian Seragam Pengakap Wanita (Girl Scout)


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CARA MEMASANG LENCANA PENGAKAP MUDA





CARA MEMASANG LENCANA PENGAKAP REMAJA (5 LENCANATERTINGGI)


1.Jaya diri     2.Kemahiran     3.Kegiatan     4.Ekspidisi     5.Perkhidmatan

Lagu Pengakap Malaysia






Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia



PENAUNG AGONG PERSEKETUAN PENGAKAP MALAYSIA

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah



PRESIDEN KEHORMAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Y.A. Bhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi



KETUA PENGAKAP NEGARA

Y. Bhg. Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh



KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

Y. Bhg. Dato' Haji Kaharudin bin Momin



KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI WP KUALA LUMPUR

Mejar [B] Mior Rosli bin Dato' Mior Mohd Jaafar



PESURUHJAYA DAERAH SENTUL

En. Chenteral Velo

Wednesday 2 March 2011

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan :


  • Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
  • Menolong orang pada setiap masa
  • Menurut undang-undang Pengakap

Tuesday 1 March 2011

Salam Pengakap!


Ini adalah laman blog kumpulan Pengakap ke 227 Zon Sentul. Selamat datang ! :)